Covid-19: 1,304 kes baharu, 900 kes pulih

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kes baharu koronavirus (Covid-19) hari ini kembali mencatatkan empat angka kepada 1,304 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan mencatat 11,822 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini sebanyak 900 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 32,069 kes.

Beliau berkata, daripada 1,304 kes baharu hari ini, 1,300 merupakan kes penularan dalam negara, sementara bakinya kes import.

Bagi penularan tempatan, Sabah terus mencatat kes baharu tertinggi dengan 556 kes, diikuti Selangor (361), Kuala Lumpur (201), Negeri Sembilan (83) dan Pulau Pinang (42).

“Lain-lain negeri pula melibatkan Sarawak, Perak dan Melaka masing-masing 13 kes, Kedah dan Kelantan masing-masing merekodkan lima kes, Labuan (empat), Johor (tiga) dan Putrajaya catat satu kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Bagi empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, kesemua kes membabitkan warganegara yang tiba dari Arab Saudi (tiga kes) dan Mesir (satu kes).

Dr Noor Hisham berkata, terdapat satu kes kematian berkaitan Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 sebanyak 304 kes.

Katanya, kes kematian itu melibatkan lelaki warga tempatan berumur 70 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Tuaran, Sabah dengan sejarah penyakit darah tinggi.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, sehingga kini, terdapat 96 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 39 kes memerlukan bantuan pernafasan. - Bernama

Sidang media oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia.

Posted by Sinar Harian on Friday, November 13, 2020