X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Lampard pertaruh Thiago Silva berdepan Burnley

Thiago Silva. - Foto metro.co.uk
A
A

PENGENDALI Chelsea, Frank Lampard bakal menurunkan pertahanan kental Chelsea, Thiago Silva pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Burnley di Turf Moor.

Lampard berkata, setelah direhatkan pada aksi Liga Juara-Juara berdepan kelab Rusia FK Krasnodar di Stadium Krasnodar kelmarin, pertahanan berusia 36 tahun itu akan kembali memperkuatkan benteng pertahanan The Blues dalam misi membawa pulang tiga mata berharga ke Stamford Bridge.

Menurut Lampard, pihaknya juga akan cuba menyusun jadual yang bersesuaian bagi menurunkan bekas pertahanan Paris St Germain (PSG) itu.

“Kita akan cuba memanfaatkan kehadiran Thiago Silva dengan menyusun jadual agar dia dapa diturunkan pada perlawanan-perlawanan yang diharungi Chelsea setiap minggu.

“Ini adalah untuk memastikan kita dapat memanfaatkan sepenuhnya aksi terbaik daripada pemain berkenaan sehingga ke penghujung musim.

“Dia juga akan diturunkan jika diperlukan, tapi kita akan melihat dari segi kesesuaian untuk menjamin kejayaan kelab,” katanya.

Untuk rekod, pertahanan kelahiran Brazil itu menyertai Chelsea secara percuma daripada gergasi Ligue 1, PSG tahun ini.

Lampard memutuskan untuk merehatkan Thiago Silva setelah pemain berkenaan diturunkan pada aksi Liga Juara-Juara berdepan Sevilla dan Manchester United (EPL) yang menyaksikan kedua-dua perlawanan berkesudahan tanpa sebarang jaringan.

Chelsea berada pada kedudukan ke-10, EPL dengan sembilan mata hasil dua kemenangan, tiga seri dan teas sekali daripada enam perlawanan setakat ini manakala Burnley berada pada kedudukan ke-18 dengan satu mata hasil satu seri dan tewas empat kali daripada lima perlawanan.

Sementara itu, Lampard menegaskan dia akan terus melakukan penggiliran pemain dalam usaha mewujudkan kelab yang seimbang bagi mengharungi saingan EPL kali ini.

Sekali gus katanya, kaedah itu akan daapt membantu memberikan keseimbangan daripada segi beban tugas yang perlu dilaksanakan pemain-pemain Chelsea.

“Sebagai contoh, pemain Maghribi, Hakim Ziyech telah beraksi dengan baik malam tadi (kelmarin) termasuk menjaringkan gol ketika berdepan Krasnodar.

“Begitu juga dengan penjaga gol kita dari Sepanyol, Kepa Arrizabalaga biarpun baru pulih daripada kecederaan bahu.

“Secara keseluruhannya, ‘penggiliran’ akan berlaku kerana kita memang perlukan pilihan dan kita perlukan setiap pemain untuk beraksi dalam mengharungi jadual yang sungguh padat ini,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!