'Kerja dari rumah, gaji seperti biasa'
SHAH ALAM - Kementerian Sumber Manusia menegaskan bayaran gaji bagi pekerja di kawasan yang diisytiharkan terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan diarahkan untuk bekerja dari rumah dengan syarat tertentu perlu dibayar seperti biasa.
Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, majikan tidak boleh memaksa atau mengarahkan pekerja menggunakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji.
"Perkara ini selaras dengan perintah dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
"Bagaimanapun majikan boleh berbincang dengan pekerja tindakan serta keputusan yang akan diambil untuk kepentingan bersama," katanya.
Walaupun WFH, bayaran gaji adalah seperti biasa dan majikan tidak boleh memaksa atau mengarahkan pekerja untuk menggunakan AL atau cuti tanpa gaji pic.twitter.com/GWm9WXNsIW
— Kem. Sumber Manusia (@myksm) October 22, 2020
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) melalui talian 03-8886 2352 / 03-8886 2409 / 03-8888 9111.Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan arahan supaya pekerja sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pengawasan di kawasan PKPB diarahkan bekerja dari rumah bermula hari ini (Khamis).
ARTIKEL BERKAITAN 'Arahan bekerja dari rumah gagal, mengelirukan'
Sejuta pekerja bekerja dari rumah bermula Khamis ini
Menurutnya, arahan itu melibatkan satu juta pekerja di kedua-dua sektor di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Sabah.
Profil syarikat Malaysia diberi perhatian - Anwar
Kerajaan sedia terima kritikan, namun tidak bertolak ansur sentimen 3R
Kerajaan tidak pinggir kaum India, laksana pelbagai inisiatif - PM
Madinah dilanda bah teruk
Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus mulai Disember ini - PM
ADUN Sungai Bakap ditidurkan, komplikasi di bahagian perut
Kenaikan gaji: Penjawat awam tersenyum lebar