Tanah runtuh: IIM arah kakitangan kerja dari rumah

Kejadian tanah runtuh di hadapan Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berlaku pada Selasa. - Foto Bernama
Kejadian tanah runtuh di hadapan Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berlaku pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Institut Integriti Malaysia (IIM) mengarahkan kesemua kakitangan bekerja dari rumah susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran pintu masuk kampus Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan institut berkenaan pada Selasa.

Menurut IIM, tindakan itu dibuat kerana faktor keselamatan dan ia berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

“IIM sedang bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dalam kerja-kerja pemantauan di kawasan terlibat.

“Orang ramai boleh layari www.iim.gov.my dan media sosial IIM untuk maklumat terkini,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seramai 76 mangsa dipindahkan dalam kejadian tanah runtuh yang dianggarkan seluas 1,115 meter persegi di hadapan pintu masuk MACA di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin pada Selasa.

Kesemua mereka terdiri daripada 36 lelaki dan 40 wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dipindahkan ke tempat yang selamat.