Pelarut punca empat LRA dihenti tugas

Tuan Ibrahim (dua dari kanan) melihat sampel air selepas melakukan lawatan di LRA Sungai Selangor 2, Bestari Jaya di sini hari ini.
Tuan Ibrahim (dua dari kanan) melihat sampel air selepas melakukan lawatan di LRA Sungai Selangor 2, Bestari Jaya di sini hari ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Siasatan awal mendapati punca pencemaran bau yang menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) yang dihenti tugas pagi tadi dipercayai daripada cecair pelarut (solvent).

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Air Selangor Sdn Bhd sudah menghantar sampel ke makmal bagi mengenal pasti punca sebenar pencemaran terbabit.

Menurutnya, siasatan lanjut akan dijalankan di beberapa lokasi lain bagi mengenal pasti punca pencemaran.

"Kita mengenal pasti kawasan pencemaran berlaku di kawasan baharu dan bukan lokasi sama seperti yang berlaku sebelum ini," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan di LRA Sungai Selangor 2, Bestari Jaya di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, pencemaran bau yang berlaku kali ini lebih rendah iaitu tiga ton berbanding di Sungai Langat yang mencecah angka maksimum sembilan ton.

"Kita menjangkakan bekalan air pulih dalam tempoh 24 jam dari sekarang dan disalurkan secara berperingkat," katanya.

Beliau berkata, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melepaskan HORAS 600 sebanyak 285 Juta Liter Sehari(JLH) dan mengepam air kolam alternatif (OPAK) sebanyak 336 JLH untuk meningkatkan kadar pencairan di Sungai Selangor.

"Air Selangor menyediakan bantuan bekalan air dengan menggerakkan lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis," katanya.

Artikel Berkaitan: