Polis terima laporan pencemaran bau

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memeriksa pencemaran bau di Jalan Sungai Rasau 32/24, Seksyen 32 pada Ahad. (Gambar kecil: Mohd Iqbal)
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memeriksa pencemaran bau di Jalan Sungai Rasau 32/24, Seksyen 32 pada Ahad. (Gambar kecil: Mohd Iqbal)
A
A
A

SHAH ALAM - Polis telah menerima laporan mengenai pencemaran bau disyaki amonia di dalam longkang di Jalan Sungai Rasau 32/24, Seksyen 32, dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, penduduk di kawasan perumahan terbabit terhidu bau busuk dari longkang lalu menghubungi polis pada jam 9.30 malam.

"Siasatan di lokasi kejadian bersama pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Bomba Selangor mengesan bau disyaki ammonia berpunca dari longkang berhampiran sebuah gudang tempat penyimpanan makanan sejuk beku," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Iqbal berkata, pihak pengurusan gudang mengatakan mereka menjalankan kerja penyelenggaraan berkala seperti yang dijadualkan tetapi tidak menyedari terdapat takungan berlaku di sistem perparitan sehingga menyebabkan pencemaran bau.

"Pihak Bomba dan Penyelamat telah mengalirkan air di dalam sistem perparitan gudang bagi mengurangkan bau sehingga bacaan di paras yang selamat," ujarnya.