Pesakit positif Covid-19, klinik Kesihatan di Besut jalani sanitasi

 Klinik Kesihatan Pasir Akar di sini melakukan proses nyahkuman selepas dikunjungi dua pesakit yang positif pandemik koronavirus (Covid-19) semalam.
Klinik Kesihatan Pasir Akar di sini melakukan proses nyahkuman selepas dikunjungi dua pesakit yang positif pandemik koronavirus (Covid-19) semalam.
A
A
A

BESUT - Klinik Kesihatan Pasir Akar di sini melakukan proses nyahkuman selepas dikunjungi dua pesakit yang positif pandemik koronavirus (Covid-19) semalam.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, proses sanitasi di seluruh kawasan itu dilakukan segera sebagai langkah pencegahan.

Beliau berkata, pembersihan dilakukan di semua kawasan yang dikunjungi pesakit mengikut panduan ketat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Terdapat dua kes positif Covid-19 dari Cyberjaya yang datang ke Klinik Pasir Akar di sini. Kedua-duanya telah dimasukkan ke Hospital Kuala Berang untuk menerima rawatan.

"Keluarga dan kontak rapat telah dikenalpasti dan telah menjalani proses saringan. Kesemua mereka dikuarantin di rumah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menerusi kenyataan dilaman sosial rasmi Facebook memaklumkan, terdapat sebanyak 26 kes aktif iaitu sedang dirawat di negeri ini dengan pertambahan satu kes baharu sehingga jam 12 tengah hari semalam (6 Oktober 2020).

Artikel Berkaitan: