X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Dua kru kabin antara tiga kes baharu di Thailand

Gambar hiasan
A
A

BANGKOK - Thailand melaporkan tiga kes baharu jangkitan koronavirus (Covid-19), termasuk dua kru kabin warga asing, manakala sifar kematian bagi tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlahnya kepada 3,522 kes dan 59 kematian.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CSSA) dalam satu kenyataan memaklumkan, dua kru kabin itu adalah seorang lelaki Jerman berusia 49 tahun yang tiba di Thailand pada 20 September dan lelaki Turki berusia 51 tahun, tiba di negara ini pada 21 September.

Kenyataan itu memberitahu kedua-dua mereka memasuki lokasi alternatif kuarantin (ASQ) sebaik tiba dan keluar dari Thailand pada 24 September.

“Ujian Covid-19 mendapati positif pada 24 September apabila kedua-dua mereka meninggalkan Thailand,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, seorang guru Albania berusia 51 tahun yang menjalani kuarantin wajib di ASQ di Bangkok diuji positif Covid-19.

CCSA memaklumkan sebanyak 109,652 orang - warga Thai dan asing - memasuki negara ini sejak 3 April hingga 25 September.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 584 orang diuji positif,” menurut CSSA. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!