Dua beranak warga asing sesat diselamatkan

Kedua-dua mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Kedua-dua mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang wanita warga Rusia bersama anak lelakinya yang tersesat di Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang, di sini pada pagi Selasa berjaya diselamatkan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Bahang, Pegawai Bomba Kanan I, Wan Abdul Malik Wan Husain berkata, mangsa dikatakan tersesat di dalam hutan ketika menjalankan aktiviti mendaki di lokasi terbabit.

"Kita menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 9.30 pagi tadi mengatakan dua individu tersesat di dalam hutan.

"Mangsa dikenali sebagai Ksenia Mayorova berusia 38 tahun manakala anaknya yang berbangsa Yemen, Akram Nasser Saleh berusia 13 tahun ditemui selamat pada jam 12.27 tengah hari tadi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya, kedua-dua mangsa tidak dapat dihubungi kerana masalah rangkaian di lokasi berikutan ia merupakan kawasan hutan.

"Kedua-dua mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan dibawa ke kaki bukit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

"Kerja-kerja mencari dan menyelamat turut dibantu oleh pihak Taman Negara dan polis," katanya.

Tambahnya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.25 petang.

Artikel Berkaitan: