Najib sindir kerajaan PH berhenti kelirukan rakyat

Najib memuat naik sekeping surat daripada Kementerian Kewangan yang ditandatangani oleh Guan Eng bertarikh 18 Januari lalu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd., Datuk Seri Darwis Abdul Razak mengenai pembatalan kontrak tersebut.
Najib memuat naik sekeping surat daripada Kementerian Kewangan yang ditandatangani oleh Guan Eng bertarikh 18 Januari lalu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd., Datuk Seri Darwis Abdul Razak mengenai pembatalan kontrak tersebut.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kerajaan PH supaya berhenti mengelirukan rakyat mengenai pembatalan kontrak dengan China Communication Construction Company Ltd (CCCC) bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Jelas beliau, semua menteri PH termasuk Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diminta tidak lagi menafikan perkara tersebut ekoran sepucuk surat pembatalan kontrak tersebut tular di laman sosial.

"Tak payah menteri-menteri PH termasuk Menteri Kewayangan (Kewangan) berpusing-pusing. Sekejap kata dah batal, sekejap kata belum batal. Sekejap kata tak pasti sudah batal atau tidak.

"Yang tandatangan surat pembatalan bertarikh 10 hari dahulu ini siapa? Kalau ECRL telah dibatalkan secara rasmi dan surat pembatalan sudah keluar, mengaku saja lah," katanya menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya semalam.

Ahli Parlimen yang kini terkenal dengan tanda pagar MaluApaBossku itu secara sinis menyindir kerajaan dengan mengatakan penafian menteri PH bukan melibatkan projek ECRL Malaysia tetapi ECRL Hong Kong.

Najib turut memuat naik sekeping surat daripada Kementerian Kewangan yang ditandatangani oleh Guan Eng betarikh 18 Januari lalu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd., Datuk Seri Darwis Abdul Razak mengenai pembatalan kontrak tersebut.

Isu mengenai kontrak CCCC bagi membina ECRL yang menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dengan Pengkalan Kubor di Kelantan sepanjang kira-kira 688 kilometer itu mencetuskan tanda tanya berikutan perbezaan kenyataan yang dibuat pemimpin kerajaan.

Ia berikutan kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyebut kerajaan telah memuktamadkan pembatalan kontrak dengan CCCC yang digantung pada Julai tahun lalu itu pada mesyuarat Kabinet Khamis lalu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, kenyataan Mohamed Azmin itu mengejutkan Guan Eng yang berpendapat beliau mungkin tidak dimaklumkan mengenai keputusan dibuat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu mesyuarat itu.

Pembinaan ECRL sepatutnya dikendalikan oleh CCCC manakala pembiayaan itu akan disediakan Export-Import Bank of China (Exim Bank of China).

Projek sepanjang 688.3 kilometer itu, jika dibina, akan menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dengan Pengkalan Kubor di Kelantan dan akan dibangunkan dalam dua fasa.