Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang juga Presiden Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi (tengah) bergambar bersama para peserta pada Majlis Pelancaran Cabaran OKU Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Kinabalu 2022 di Bangunan Muhammad Abdul Rauf IIUM, Gombak, pada Jumaat. Hadir sama, Rektor IIUM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak (kiri) dan Pengerusi bersama Projek Cabaran OKU IIUM Kinabalu 2022 Prof Dr Ruzita Mohd Amin (kanan). - Foto Bernama