SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui terkejut sebaik sahaja mendapat berita tentang  pemergian bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, hari ini.

Sedih dengan khabar tersebut, beliau mengucapkan takziah terhadap keluarga Adenan dan seluruh rakyat Sarawak yang terkesan dengan kehilangan pemimpin itu.

“Terkejut dan sedih mendapat berita tentang pemergian Adenan ke rahmatullah.

“Takziah kepada semua ahli keluarga dan rakyat Sarawak. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam kenyataan ringkas di Facebooknya, hari ini.

Adenan,72, disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung tengahari tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia]

Dalam pada itu, kesedihan di atas pemergian Adenan turut dikongsikan oleh rakan pimpinan pembangkang yang lain.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menerusi Twitter miliknya turut meluahkan rasa kehilangan yang dihadapi.

Beliau turut menyatakan rasa duka ke atas kehilangan Adenan sebagai salah seorang pemimpin di negara ini.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga Adenan. Negara dan Sarawak telah kehilangan pemimpin yang berwawasan tinggi,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua menerusi Tweet handle, @tianchua berkata, pemergian Adenan telah memberi kesan mendalam terhadap seluruh rakyat.

“Rakyat Malaysia turut sedih terhadap pemergian Adenan. Takziah kepada keluarga dan rakyat Sarawak atas kehilangan pemimpin tersayang,” katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Bapa Penasihat Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini awal pagi tadi.
  • KUALA LUMPUR - Hati siapa tidak pilu apabila orang tersayang yang baru dikahwini meninggal dunia.
  • KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohamed Amin Salih meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang, di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini, pada 6.20 petang tadi.
  • PARIT BUNTAR - Malang tidak berbau buat warga emas apabila dia terjatuh dan disahkan meninggal dunia di sisi isterinya selepas menuruni bas di Hentian Raya Parit Buntar di sini petang tadi.
  • MARANG - Tindakan seorang kanak-kanak berbasikal yang melintas jalan secara tiba-tiba mengundang padah apabila maut dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Telekom di Rusila di sini, petang semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.