IPOH - Tentera Darat sentiasa bersiap siaga bagi berdepan sebarang kemungkinan berlakunya banjir di seluruh negara.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zulkiple Kassim berkata, arahan mengenainya juga telah dikeluarkan kepada semua pasukan formasi briged yang bertanggungjawab di setiap negeri untuk membuat persediaan.

Malah menurutnya, ia (persiapan) akan berterusan menjelang musim tengkujuh pada penghujung tahun.

"Kita dah bersedia dengan semua unit briged dah buat persiapan di negeri-negeri. Sekiranya perlu untuk buat penempatan awal, makanan kita akan buat demi beri bantuan kepada kawasan yang dilanda banjir," katanya.

Zulkiple berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penutup Ujian Kemahiran Seksyen Tempur Tentera Darat (UKST TD) Tahun 2017 di Lapang Sasar 2  Rejimen Renjer Diraja, Kem Syed Putra, petang tadi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Seorang anggota tentera dihukum penjara 13 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol isteri rakannya ketika menumpang tidur di rumah mangsa, tahun lalu.
  • RAUB - Sebanyak tujuh pusat pemindahan dibuka di daerah ini malam semalam susulan beberapa kawasan dinaiki air.
  • BESUT - Petugas Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang terlibat dalam misi memberi bantuan kepada mangsa banjir sentiasa bersedia mental dan fizikal sekiranya musim banjir yang melanda Kelantan dan Terengganu berlarutan hingga awal tahun depan.
  • KOTA BHARU - Seramai 2,500 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi banjir yang sedang melanda Kelantan dan Terengganu ketika ini.
  • LUMUT - Tiada pencemaran air kumbahan di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia yang dilanda banjir kilat akibat hujan lebat tanpa henti baru-baru ini.