BATU CAVES - Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan apabila kaki kanannya tersepit di dalam mangkuk tandas.

Kejadian terbabit dilaporkan berlaku di Jalan Bunga Raya 2, Kampung Batu Caves, di sini, hari ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi & Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.58 pagi sebelum pihaknya dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut. Foto: Bomba Selangor

 

“Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dengan bantuan pihak Hospital Selayang tiba di lokasi.

“Sampai di lokasi dapati seorang wanita berusia 37 tahun cedera di kaki apabila tersepit di dalam mangkuk tandas,” katanya.

Menurutnya, bomba kemudian telah memecahkan mangkuk tandas sebelum kaki mangsa berjaya dibawa keluar.

Katanya, pihaknya terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TELUK INTAN - Sebanyak 3,500 permohonan Geran In-Kind Contribution (IKC) diterima oleh Unit Agropreneur Muda (UAM) bermula Januari hingga Februari 2018 melibatkan usahawan tani daripada golongan muda seluruh negara.
  • KUALA LUMPUR - Perbezaan penawaran harga jualan pada Program Jualan Sentuhan Rakyat adalah dipengaruhi pelbagai faktor.
  • KUALA LUMPUR - Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) menzahirkan sokongannya terhadap usaha padu kerajaan mengekalkan dan mempertingkatkan hubungan dua hala Malaysia-China.
  • MIRI - Pasukan Petugas Khas bagi menangani masalah penduduk Sarawak yang tidak mempunyai status warganegara telah meluluskan lebih 5,000 permohonan dokumen pengenalan diri kepada individu yang layak di negeri itu.
  • KOTA BELUD - Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana sejak merdeka, negara secara keseluruhannya dalam keadaan aman, hasil pelaksanaan dasar yang mengambil kira kepentingan rakyat.