SUBANG - Pasukan bomba dan penyelamat berjaya mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dalam satu kemalangan membabitkan dua buah lori, awal pagi tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.55 pagi berhubung kemalangan berkenaan yang berlaku di Lebuhraya Elite selepas susur masuk ke Putra Height.

"Selepas menerima panggilan, kita menggerakkan 10 anggota ke tempat kejadian dan mendapati seorang pemandu lori berumur 43 tahun tersepit di bahagian pemandu.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki berjaya dikeluarkan menggunakan ram teleskopik dan pemotong hidraulik sebelum diserahkan kepada ambulan Hospital Putrajaya.

"Seorang lagi pemandu lori berumur 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MARANG - Seorang parah manakala dua cedera apabila kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 14 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan di Rhu Dua, di sini, pagi tadi.
  • KUALA LANGAT - Seorang pengurus duti syarikat penerbangan Malindo Air maut kemalangan selepas kereta yang dipandunya terbabas di Kilometer 18.8 Lebuhraya Elite arah selatan, di sini, semalam.
  • KOTA TINGGI - Seorang wanita maut selepas Proton Wira dipandu hilang kawalan dalam kejadian kemalangan di KM 34.0 Jalan Johor Bahru - Mersing, pagi tadi.
  • SHAH ALAM - Seorang pemandu kereta cedera akibat tersepit selepas kenderaannya dirempuh sebuah treler ketika sedang beratur untuk membayar tol di Plaza Tol Bukit Kemuning menghala ke Shah Alam, kira-kira jam 7.28 petang tadi.