BANDARAYA MELAKA - Seorang pekerja kontrak warga India maut selepas terjatuh dari bumbung sebuah kilang pembuatan komponen kenderaan di Kawasan Perindustrian, Ayer Keroh di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa Khushpal Sigh, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Menurut sumber, mangsa terjatuh ketika membuat kerja-kerja membaiki bumbung yang bocor pada ketinggian 4.8 meter.

"Sebelum kejadian, mangsa datang bersama majikannya dan melakukan kerja baik pulih berseorangan pada ketinggian 4.8 meter," katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki maut sementara adiknya berusia dua tahun dilaporkan kritikal selepas terjatuh dalam kolah air sedalam 0.6 meter di rumah datuknya di Kawasan Perindustrian Ringan Maju, Jelapang, pagi tadi.
  • ALOR SETAR - Wanita berusia 33 tahun yang terjatuh dari tingkat lima, bangunan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) petang semalam, didakwa mengalami masalah kemurungan yang ketara sejak empat bulan lalu.
  • KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui, beliau telah berusaha untuk menurunkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia sejak tiga tahun lalu.
  • KEPALA BATAS - Seorang anggota polis cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tiga Hospital Kepala Batas (HKB), di sini ketika cuba menangkap seorang penjenayah yang cuba melarikan diri daripada tahanan polis semalam.
  • PUCHONG - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Puchong Perdana di sini, awal pagi kelmarin.