Pesawat ringan mendarat cemas di LTSAAS, 2 juruterbang selamat

Sebuah pesawat ringan melakukan pendaratan cemas di LTSAAS di Subang, dua minit selepas berlepas pagi tadi. Gambar hiasan
Sebuah pesawat ringan melakukan pendaratan cemas di LTSAAS di Subang, dua minit selepas berlepas pagi tadi. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat ringan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, dua minit selepas berlepas pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Norazman Mahmud berkata, dua juruterbang yang berada dalam pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd, selamat.

"Pesawat itu berlepas pada pukul 8.26 pagi dari LTSAAS dan pihak Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah menerima panggilan kecemasan sejurus selepas pesawat berlepas.

"Pesawat kemudiannya membuat pendaratan cemas pada 8.28 pagi," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, landasan lapangan terbang terlibat ditutup kepada operasi penerbangan buat sementara, sehingga pesawat itu dialihkan dari landasan.

Siasatan lanjut akan dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: