Peniaga dibunuh kejam kerana dendam

Dendam dipercayai menjadi motif utama seorang peniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang dan pistol taser di sebuah rumah dekat Taman Jaya, Kapar pada Khamis.
Dendam dipercayai menjadi motif utama seorang peniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang dan pistol taser di sebuah rumah dekat Taman Jaya, Kapar pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Dendam dipercayai menjadi motif utama seorang peniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang dan pistol taser di sebuah rumah dekat Taman Jaya, Kapar pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, mangsa mengalami kecederaan pada beberapa anggota badan.

"Pemeriksaan mendapati terdapat kesan tetakan pada bahagian kepala, kedua belah kaki, bahu dan tangan kanan mangsa.

"Motif awal setakat ini dipercayai berpunca akibat dendam, bagaimanapun siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya, pihaknya kini masih mengenal pasti suspek terlibat dalam kejadian terbabit.

"Semakan sebelum ini dijalankan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan beberapa suspek terlibat.

"Usaha mengenal pasti serta mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan," katanya.

Menurutnya, setakat ini dua individu telah dirakam keterangan berkaitan kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Keterangan diambil daripada isteri dan anak mangsa yang ada semasa kejadian berlaku.

"Siasatan di lokasi sebelum ini bagaimanapun tidak menemui sebarang senjata yang digunakan ketika kejadian," katanya.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan seorang peniaga maut dipercayai dibunuh sekumpulan individu berparang dan pistol taser dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Jaya, Kapar di sini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!