Anggota TLDM dalam kolam renang cedera terkena serpihan

Lokasi mangsa yang terkena serpihan helikopter Fennec TLDM yang terhempas di kolam renang dalam kejadian pada Selasa.
Lokasi mangsa yang terkena serpihan helikopter Fennec TLDM yang terhempas di kolam renang dalam kejadian pada Selasa.
A
A
A

LUMUT - [DIKEMAS KINI] Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berada dalam kolam renang disahkan cedera ringan berikutan kejadian dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada Selasa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian berlaku semasa anggota berkenaan sedang berenang di dalam kolam berkenaan.

Beliau memberitahu, mangsa mengalami cedera ringan akibat terkena serpihan daripada helikopter Fennec yang terjatuh dalam kolam.

"Tiada orang luar mengalami kecederaan, melainkan seorang sahaja yang kebetulan sedang berenang di kolam renang tersebut," katanya dalam sidang media semasa melakukan lawatan ke tempat kejadian pada Selasa.

Mohamed Khaled (dua dari kiri) pada sidang media selepas melakukan lawatan ke tempat kejadian pada Selasa.
Mohamed Khaled (dua dari kiri) pada sidang media selepas melakukan lawatan ke tempat kejadian pada Selasa.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai anggota tersebut.

Dalam kejadian jam 9.32 pagi itu, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

Nahas itu membabitkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter Fennec TLDM.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!