TAWAU - Seramai 46 pegawai dan anggota lain-lain pangkat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang akan bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri diraikan dalam satu majlis Penyampaian Bungkusan Hari Raya di Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU), di sini hari ini.

Majlis penyampaian bungkusan hari raya itu disempurnakan Panglima Operasi Udara, Datuk Seri Abdul Mutalib Ab Wahab.

Dalam majlis berkenaan, Abdul Mutalib menyampaikan bungkusan sumbangan dari Markas Angkatan Tentera Malaysia yang mengandungi beberapa barang keperluan seperti makanan dan kelengkapan diri serta duit raya sumbangan Tabung Kebajikan TUDM.

PBOU berperanan sebagai pangkalan hadapan untuk menyokong operasi udara di kawasan Sabah.

Ia turut menempatkan helikopter Nuri bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat serta sokongan kepada operasi yang dilaksanakan ATM.

Pegawai serta anggota PBOU terdiri daripada staf operasi, bantuan operasi dan Pasukan Khas TUDM (Paskau) dan anak kapal helikopter Nuri.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka memulakan operasi secara berperingkat di Pangkalan Udara Sendayan di Negeri Sembilan bermula Januari 2018, kata Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
  • IPOH - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang membuat penilaian terhadap empat unit pesawat Maritime Patrol Aircraft (MPA) yang sesuai bagi meningkatkan keupayaan pasukan itu.
  • KUALA LUMPUR - Bahagian Perhubungan Awam TUDM (MTU-Sekretariat Delta) berjaya mengharumkan nama TUDM setelah dinobatkan sebagai penerima anugerah dari Dewan Sosial Media Malaysia pada Malam Anugerah Media Sosial Malaysia Tahun 2017 yang diadakan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.
  • SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah bersedia dengan beberapa pesawat untuk melaksanakan arahan misi kemanusian bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.
  • PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan laporan bahawa kontena mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi telah hilang di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor Bahru.