KUALA LUMPUR - "Anak saya terpaksa memecahkan cermin, melompat keluar dari tingkat tiga dan terus ke awning di tingkat satu untuk menyelamatkan diri."

Demikian menurut Datuk Dr Sharifuddin Musa, 45, bapa kepada Mohd Shahir, 11, ketika menceritakan detik-detik anaknya terselamat dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di ibu negara awal pagi tadi.

Katanya, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu semasa sedang membuat persiapan untuk solat Subuh sebelum bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kebakaran itu telah merebak pantas di tingkat tiga.

"Anak saya menyelamatkan diri bersama-sama  rakannya dengan memecahkan cermin, melompat dan memecahkan awning dibantu orang ramai yang berada di bawah, " katanya ketika ditemui pemberita di Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Sharifuddin, yang juga Anggota Jawatankuasa Surau Ittifaqah. surau berdekatan pusat tahfiz itu berkata Mohd Shahir, anak ketiga daripada empat beradik, kini menerima rawatan di HKL selepas melecur di bahagian belakang badan.

Menurutnya, bangunan pusat tahfiz itu baru setahun didiami dan dibina atas sumbangan surau.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tahfiz terbakar: Api marak terlalu pantas]

Sementara itu, seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Maryani, 38, berkata, anaknya, Indera Kurniawan turut terselamat dalam kejadian yang tidak diingini itu.

Beliau yang ditemui di pekarangan hospital berkata kejadian telah pun berlaku dan hanya mahukan doa daripada orang ramai agar anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan parah.

"Anak saya ditemui dalam keadaan muka hitam dan tidak sedarkan diri. Harap semuanya selamat," kata pekerja pembersihan dengan ringkas.

Polis memaklumkan, kejadian itu meragut 24 nyawa terdiri daripada 22 pelajar tahfiz dan dua guru pusat tahfiz. – Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Dewasa ini, kita banyak disajikan dengan cerita dan berita mengenai jenayah berat yang meruntun jiwa.
  • KUALA LUMPUR - Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) Mohd Zahid Mahmood menafikan dakwaan wujud masalah hubungan antara ibu bapa mangsa kebakaran dengan pihak pengurusan tahfiz di Keramat Hujung itu.
  • KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) di Keramat Hujung di sini menyambut baik saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengarahkan pusat tahfiz di seluruh negara mengikut piawai keselamatan yang ditetapkan.
  • KUALA LUMPUR - Gejala penagihan dadah di sekitar kawasan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, semakin berkurangan sejak kejadian kebakaran tersebut berlaku baru-baru ini.
  • KUALA LUMPUR - Nama pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mungkin terlalu asing kepada masyarakat bukan sahaja di Lembah Klang, bahkan seluruh negara.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.