GUA MUSANG - Seorang penganggur dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara dan lima sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini, setelah mengaku salah menipu dalam pembelian telefon bimbit, Mac tahun lalu.

Hakim, Mohd Rosly Mohamed Nawi menjatuhkan hukuman itu terhadap, Mohamad Azmil Mohd Diah, 24, beralamat di Masai, Johor.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menipu penyelia restoran makanan segera, Mohd Rhaimiey Faisal Mamat, 28, di alamat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap, dalam urusan pembelian telefon bimbit jenis iPhone 6.

Tertuduh mengaku gagal memberikan telefon berkenaan yang dijual dengan harga RM500 melalui aplikasi WeChat, biarpun transaksi telah dibuat dalam tempoh lebih seminggu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, serta sebat atau denda jika disabit kesalahan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwaraya, Mohd Waffy Ismail berkata, kes ini diharapkan boleh menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dengan pembelian menerusi atas talian.

"Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak kes kes penipuan yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab menerusi aplikasi media sosial seperti Facebook, WeChat dan WhatsApp.

"Sebaik-baiknya, masyarakat perlu berwaspada apatah lagi individu berkenaan tidak dikenali dan melibatkan transaksi wang yang banyak. Walaupun pembelian atas talian lebih mudah, namun risiko penipuan lebih terdedah," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Seorang janda kaya berusia 49 tahun kerugian kira-kira RM7.9 juta akibat ditipu seorang individu yang dikenalinya melalui laman sosial yang menjual nombor ramalan.
  • KULIM - Polis berjaya menyelesaikan 23 kes penipuan jualan telefon pintar berjenama di atas talian dengan kerugian lebih RM300,000 dengan penahanan seorang lelaki berusia 36 tahun pada 4 Mei lalu.
  • IPOH - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas kesalahan menukar tanda harga tilam bayi di sebuah pasar raya di sini pada 7 April lalu.
  • KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur berjaya melumpuhkan satu sindiket penipuan terancang yang melibatkan kerugian puluhan ribu ringgit di kalangan tertuduh kes rasuah dan orang awam dengan tertangkapnya perancang utama iaitu seorang lelaki berusia 48 tahun.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.