22 PATI ditahan dalam Ops Sapu kilang ayam

JIM Melaka memeriksa pekerja warga asing dalam Ops Sapu di sebuah kilang ayam di sini, pada Jumaat.
JIM Melaka memeriksa pekerja warga asing dalam Ops Sapu di sebuah kilang ayam di sini, pada Jumaat.
A
A
A

ALOR GAJAH - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menahan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan Ops Sapu di sebuah kilang ayam, di sini, pada awal pagi Jumaat.

Pengarahnya, Anirwan Fauzee Mohd Aini, berkata, dalam serbuan jam 12 tengah malam, daripada jumlah itu 18 individu gagal memperbaharui permit kerja yang sudah tamat tempoh sejak lebih setahun lalu.

"Hasil pemeriksaan turut mendapati empat pekerja kilang terbabit telah menyalahgunakan pas lawatan dan tiada sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Antara PATI yang berjaya dihalang sebelum dibawa ke Depot Imigresen Machap Umboo, di sini, pada Jumaat.
Antara PATI yang berjaya dihalang sebelum dibawa ke Depot Imigresen Machap Umboo, di sini, pada Jumaat.

"Mereka yang ditahan berusia antara 30 hingga 40-an terdiri daripada 15 warga Nepal, enam warga Indonesia dan seorang Bangladesh," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.

Tambahnya, seorang lelaki berusia 30 tahun dan mendakwa sebagai pengurus kilang memberi alasan tidak menyedari bahawa permit pekerjanya telah tamat tempoh sejak lebih setahun lalu.

"Mereka juga memberi alasan urusan memperbaharui permit telah diserahkan kepada ejen.

"Namun apabila kita membuat semakan dan mendapati mereka tidak membuat sebarang permohonan," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, JIM Melaka telah mengeluarkan saman saksi kepada majikan untuk membantu siasatan kerana membenarkan PATI berada di premis seliaannya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!