Lelaki Sweden meninggal dunia dalam kapal layar

Operasi memindahkan mayat warga Sweden dari ruang kapal layar untuk dibawa ke Hospital Labuan dilakukan pihak polis dan pasukan bomba.
Operasi memindahkan mayat warga Sweden dari ruang kapal layar untuk dibawa ke Hospital Labuan dilakukan pihak polis dan pasukan bomba.
A
A
A

LABUAN - Seorang lelaki warga Sweden ditemukan meninggal dunia dalam kapal layar miliknya yang berlabuh di perairan Kampung Patau-Patau di sini malam Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Dick Thomas @ Svahn, 55, ditemukan oleh rakannya sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata, lelaki tersebut tidak dapat dihubungi oleh rakannya yang kemudian bertindak mencarinya.

"Lelaki tersebut kemudian ditemukan sudah meninggal dunia di dalam kapal layar miliknya.

"Bagaimanapun, tempoh masa lelaki tersebut meninggal belum dapat dipastikan dan punca kematian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya lagi, operasi mengeluarkan mayat dari ruang kapal layar mengambil masa hampir satu jam sebelum dihantar ke Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat.

"Setakat ini kes diklasifikasikan sebacai mati mengejut sehingga pihak polis menemui maklumat terbaru mengenai kejadian ini," katanya.

Sebelum itu, Mohd Hamizi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!