KUALA LUMPUR - Rapid KL Monorail Line menggantung sementara operasi tren empat gerabaknya, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Ariffin Idris berkata, keputusan itu dibuat hari ini bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan dilakukan terhadap tren terbabit.

Semasa tempoh penggantungan tren empat gerabak itu, Rapid KL akan mengoperasikan perkhidmatan bas di sepanjang  jajaran monorel bagi kemudahan pengguna.

Setiap perjalanan dikenakan tambang RM1. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Rapid KL memberi jaminan bahawa semua mesin bayaran tokennya (TVM) berfungsi dengan baik dan menafikan dakwaan konon beberapa mesin itu di stesen MRT Sungai Buloh tidak berfungsi.
  • KUALA LUMPUR - RapidKL Contact Centre, yang mengendalikan aduan dan pandangan pelanggannya, akan beroperasi selama 12 jam pada hujung minggu ini berikutan penggantungan perkhidmatan monorel selama dua hari bermula esok.
  • KUALA LUMPUR - Rapid Bus Sdn Bhd (RapidKL) akan menyediakan lebih banyak bas pengantara Sabtu dan Ahad ini berikutan penggantungan sementara perkhidmatan monorelnya di bandar raya ini bagi memudahkan kerja menambah baik sistem semboyan.
  • KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Transit Rel Ringan RapidKL Laluan Ampang tidak dilanjutkan malam ini, berikutan pembatalan Future Music Festival Asia (FMFA) 2014.