KODIANG - Seorang lelaki berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) di temui rentung dalam suatu kejadian kebakaran di rumahnya di Batu 4, Pida 8 di sini, malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mustakim Mukhtar berkata, mangsa dikenali sebagai Salleh Arifin, 63 dan dipercayai tinggal berseorangan di rumah terbabit.

"Pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 8.51 malam mengenai kejadian berkenaan.

"Setibanya di lokasi, didapati Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lana Bulu dan BBP Arau terlebih dahulu berada di lokasi," katanya.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas A dengan keluasan 20 x 30 kaki dengan kemusnahan hampir 90 peratus.

"Ketua operasi kemudian mengarahkan anggota memulakan kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran.

"Api kemudiannya berjaya dikawal pada jam 9.28 malam," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :