• Monorel KL rosak, 100 penumpang cemas Kelihatan pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan skylift untuk menyelamatkan beberapa penumpang yang terkandas dalam monoral di Brickfield. - Foto Bernama
1 /

KUALA LUMPUR - Punca utama kerosakan tren monorel di stesen Tun Sambathan pada 11 Ogos lepas disebabkan oleh pemutus litar yang terbidas, di mana ia mengawal sistem bantuan kuasa dan sistem penggerak.

Kementerian Kewangan menyatakan Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) telah pun mengambil langkah pencegahan dengan menukar kesemua pemutus litar di setiap monorel.

Di samping itu, Prasarana juga meningkatkan tahap penyelenggaraan untuk memastikan tren monorel sentiasa berada dalam keadaan baik semasa beroperasi.

Kementerian Kewangan, dalam jawapan bertulis kepada anggota Parlimen Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) di Dewan Rakyat hari ini, menjelaskan masalah program perisian menyebabkan kegagalan komunikasi antara pengawal atur cara logik dan sistem penggerak.

Berikutan itu, katanya Prasarana telah mengambil tindakan membaik pulih program perisian berkenaan.

Dalam kejadian itu, dilaporkan seramai 183 penumpang berdepan detik mencemaskan apabila monorel yang dinaiki rosak dan tersangkut di atas landasan di Brickfields.

Akibat kejadian itu, perkhidmatan monorel dari stesen Imbi ke Bukit Bintang tergendala hampir sejam apabila sebuah tren mengalami kerosakan kecil, menyebabkan 200 penumpang terkandas. - Bernama