MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pada Rabu minggu lalu menjelaskan KPI yang digunakan di Malaysia diiktiraf Bank Dunia dan mencadangkan negara lain turut mengambil contoh Malaysia sebagai panduan dalam menangani masalah keskes tertunggak.

Azalina berkata, beliau juga telah menyuarakan kerisauan berkaitan mahkamah meletakkan keutamaan mengejar KPI lantas menjurus kepada situasi justice hurried, justice denied.

“Salah satu inisiatif untuk memperkasa kecemerlangan Badan Kehakiman Malaysia ialah KPI. Untuk Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, tempoh penyelesaian bagi kes jenayah dan sivil ditetapkan antara tiga hingga 12 bulan dari tarikh pendaftaran kes.

“Manakala bagi penyelesaian kes jenayah dan sivil di mahkamah tinggi tempoh penyelesaian ditetapkan antara sembilan bulan hingga 12 bulan dari tarikh pendaftaran kes iaitu bergantung kepada jenis kes.

“Bagi mahkamah rendah pula iaitu mahkamah sesyen dan mahkamah majistret tempoh penyelesaian kes jenayah ialah 12 bulan dan bagi kes sivil ialah antara tiga bulan hingga sembilan bulan,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hakim sekarang kejar KPI?]

Katanya lagi, kebanyakan keputusan kes di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan akan diberikan serta-merta kecuali bagi kes-kes yang melibatkan isu undang-undang yang rumit danmemerlukan masa lebih panjang untuk hakim membuat penelitian undang-undang dengan lebih mendalam.

“Apabila keputusan ditangguhkan, Ketua Hakim Negara akan memantau bagi Mahkamah Persekutuan sementara Presiden Mahkamah Rayuan bagi Mahkamah Rayuan.

“Tempoh yang ditetapkan adalah antara empat bulan hingga enam bulan. Jika melebihi tempoh, seseorang hakim yang menyediakan Alasan Penghakiman itu perlu meminta kebenaran untuk lanjutan masa,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MINGGU lalu, dunia kehakiman negara mendapat perhatian apabila Ahli Parlimen Ipoh Barat (DAP), M Kulasegaran mendedahkan terdapat unsur mahu mempercepatkan kes supaya dapat mengejar Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Adakah itu benar?
  • MODUS operandi utama sindiket pemaju rumah murah ini ialah bersandarkan kepada menjual impian semata-mata.
  • HARGA rumah pada hari ini bukan seperti puluhan tahun lalu dan pengguna pula perlu berfikir panjang untuk membuat pembelian.
  • TREND pengguna media sosial hari ini dinilai sebagai terlalu memenuhi kepuasan diri sendiri tanpa mengira sensitiviti pihak yang terlibat secara langsung.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.