JEMPOL - Kesemua lapan jenazah mangsa kemalangan ngeri di Km 25 Jalan Bahau-Keratong semalam telah dituntut oleh keluarga masing-masing di rumah mayat Hospital Jempol di sini, hari ini.

Jenazah enam sekeluarga yang rentung dalam kemalangan itu dituntut oleh keluarga mereka pada 5.20 petang tadi dan dibawa dengan empat van jenazah untuk disemadikan di Jelawat, Bachok, Kelantan.

Jenazah dua lagi iaitu pasangan suami isteri, Osman Mohamed Taip, 31 dan Rosniza Othman, 32 pula dituntut keluarga masing-masing pada 1.50 tengah hari.

Allahyarham Osman disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab Luar, Bangi, Selangor manakala Allahyarham Rosniza dikebumikan di Kampung Sungai Padang, Endau Mersing, Johor.

[ARTIKEL BERKAITAN: Allahyarham pesan beli kacang, maruku]

Dalam kejadian jam 2.20 petang semalam yang melibatkan sebuah Proton Exora, Perodua Myvi, Toyota Vios dan treler,  lapan orang daripada dua keluarga terkorban manakala seorang lagi cedera.

Enam sekeluarga itu yang menaiki Proton Exora ialah  pemandu  W Mohd Fauzi W Mohd Ibrahim, 52, isterinya Masnoraida M Yussof, 44 dan empat anak mereka iaitu W Muhammad Muhaimmin, 21; W Athira, 18; W Mohd Ammar Haziq, 13 dan W Nur Aiesya, 7.

Nahas itu menyebabkan Proton Exora tersebut terbakar sepenuhnya dan kesemua mangsa ditemukan rentung.

Dua lagi yang terkorban ialah pemandu dan penumpang Perodua Myvi iaitu Osman dan Rosniza,  manakala anak mereka Muhammad Alifthaqif Osman, 3,  mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Kuala Pilah. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - "Kami sudah merancang untuk membuat kejutan hari lahir Ariff Februari depan, tapi tidak sangka ia tidak kesampaian dan kami reda dengan berita sedih ini," kata Shuhery Shuib, 59, bapa seorang juruteknik Petronas yang maut ketika mengikuti konvoi motosikal berkuasa tinggi di Phattalung, Thailand, petang semalam.
  • KLANG - Seorang operator kilang maut selepas motosikal yang ditungganginya terperosok ke dalam lubang di Jalan Telok Gong, di sini, hari ini.
  • SHAH ALAM - Dua lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh motosikal di Kilometer (KM) 7.2 Lebuhraya Selat Klang Utara, Klang dekat sini, petang semalam.
  • PORT DICKSON - [VIDEO] Empat maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di simpang tiga Jalan Lukut-Sepang sekitar jam 2.30 petang tadi.
  • PORT DICKSON - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal yang ditunggannya terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama lori di kilometer 13.8 Jalan Lukut Sepang sekitar jam 8.45 malam semalam.