SLIM RIVER - "Kami reda kerana Abang Chik pergi dalam keadaan baik, ketika menyelamatkan pelajar-pelajar pusat tahfiz, itu," kata Norazni Md, 40.

Kakak tenaga pengajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung,Kuala Lumpur, Mohd Yusof Md yang terkorban dalam kebakaran  awal pagi tadi itu berkata, keluarganya dimaklumkan, arwah bertindak nekad naik ke tingkat atas bangunan kerana mahu menyelamatkan pelajarnya.

Katanya, keluarganya mendapat tahu mengenai insiden itu pada kira-kira jam 7 pagi.

Pada ketika itu katanya, mereka tidak tahu keadaan anak kelapan daripada 10 beradik itu.

Katanya, abang sulungnya  Noorazam Md, 40, membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur dan tempat kejadian namun tidak menemui nama mangsa tersenarai antara yang selamat mahupun tercedera.

Katanya, ibunya, Saadiah Othman, 62, tenang ketika diberitahu mengenai pemergian adiknya itu.

"Ibu hanya menitiskan air matanya sekali," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Felda Besout 4, di sini malam ini.

Norazni berkata, arwah adiknya juga bekas pelajar pusat tahfiz itu sejak berusia 15 tahun sebelum menjadi tenaga pengajar di situ.

Katanya, arwah Mohd Yusof yang masih belum berumah tangga, sangat rapat dengan semua ahli keluarganya.

"Kali terakhir kami berkumpul pada Aidiladha lepas, tiada perubahan sikap pada arwah Abang Chik ketika itu.

"Cuma sikapnya suka mencium kami adik-beradik dan ibu tak kira masa dan tempat. Ia akan menjadi kenangan kami," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kes membabitkan dua remaja berusia 16 tahun yang didakwa membunuh 23 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, September lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 3 Januari depan untuk sebutan semula kes dua remaja lelaki berusia 16 tahun atas pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, September lepas.
  • KOTA BHARU - "Kalau abang mati, pakailah kopiah abang,” itu kata-kata terakhir diucapkan pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung Kuala Lumpur di sini, Mohamad Daniel Md Amin, 14, kepada adik bongsunya Salahuddin Al- Ayubi Md Amin, 6.
  • KUALA LUMPUR - Tujuh suspek yang ditahan dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, 14 September lalu, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, esok.
  • KUALA LUMPUR - Sebahagian suspek yang ditahan dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, 14 September lalu, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, esok.