Pesawat ringan terhempas: Jurulatih, pelatih penerbangan terselamat

Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di sebuah ladang di Besout 2 Tambahan di sini pagi tadi. Foto Ihsan Polis Perak.
Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di sebuah ladang di Besout 2 Tambahan di sini pagi tadi. Foto Ihsan Polis Perak.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Dua mangsa pesawat ringan jenis CESNA 172 (9M ADA) dari Layang Layang Flying Academy terhempas berhampiran Ladang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), di Besout 2 Tambahan di sini merupakan jurulatih penerbangan dan pelatih.

Kedua-dua mangsa yang disahkan selamat itu, Kapten Shahrul Imran, 26, mengalami patah paha kiri manakala pelatih tersebut pula, Le Ho Jia, 20, cedera dimuka akibat kemalangan terbabit.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 9.46 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dibantu anggota daripada BBP Bidor dan BBP Tanjung Malim bergegas ke lokasi kejadian.

"Kedua-dua mangsa selamat dan mereka juga berjaya di keluarkan dari lokasi nahas.

"Kesemua mangsa mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di sebuah ladang di Besout 2 Tambahan di sini pagi tadi.

Kedua-dua mangsa juga dilaporkan mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!