LUMUT - Empat nelayan warga Indonesia berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki belayar tanpa arah tujuan hingga dihanyutkan ke perairan negara disebabkan rosak setelah empat hari berada di laut.

Kesemua mereka melibatkan seorang tekong dan tiga awak-awak telah berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Lumut 3 kira-kira jam 4.50 petang semalam.

Nelayan berkenaan yang berpengkalan di Tanjung Balai, Indonesia itu dikatakan sudah tujuh hari berada di laut sebelum bot mereka rosak pada hari keempat.

Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut, Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata, pihaknya yang menerima maklumat itu daripada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) mengarahkan Kapal Maritim Marlin bersama sepasukan anggota diketuai Leftenan Komander Maritim Mohd Fahimi Omar yang sedang menjalankan rondaan dan penguatkuasaan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, daripada siasatan awal mendapati bot berkenaan mengalami kerosakkan pada hentera utama menyebabkan ia tidak boleh dikendalikan.

“Akibatnya bot berkenaan hanyut tanpa arah tuju hingga memasuki perairan negara.

“Hasil tangkapan nelayan berkenaan lebih kurang 50 kilogram juga mulai busuk selain bekalan makanan dan bahan bakar mereka hampir kehabisan, namun semua warga asing terbabit berada dalam keadaan baik," katanya pada sidang media di Pejabat Daerah 3 Maritim Lumut, di sini, hari ini.

Katanya, empat nelayan asing yang berusia antara 21 hingga 43 tahun itu bersama bot diiringi ke Jeti Pasukan Gerakan Marin, Kampung Acheh dan akan diserahkan kepada pihak kedutaan Indonesia untuk tindakan lanjut.      

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kini berdepan cubaan suapan rasuah oleh nelayan asing yang ditangkap melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan negara.
  • KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menawarkan khidmat Pasukan Pakar Forensik Maritim kepada pihak Thailand Maritime Enforcement Coordinating Centre (THAI-MECC) bagi membantu siasatan kes rompakan kapal tangki milik syarikat Thailand, Jumaat lalu.
  • KOTA TINGGI - Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) merancang untuk melapor tindakan nelayan Vietnam menceroboh perairan negara kepada masyarakat antarabangsa, kata Ketua Pengarah Maritim, Laksamana Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar.
  • LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut mengesan sebanyak 274 kes pelbagai kesalahan membabitkan bot nelayan tempatan dan asing sejak tahun 2013.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.