KUALA LUMPUR - Penyedia utiliti, Tenaga Nasional Bhd (TNB), menasihatkan pelanggan menggunakan penyaman udara mereka secara bijak semasa cuaca panas dan kering sekarang bagi menguruskan penggunaan elektrik mereka dengan lebih baik lagi.

Pengurus Besa Kanan TNB, Kamaliah Abdul Kadir berkata penyaman udara mewakili sebahagian besar daripada penggunaan elektrik sebilangan penggunanya.

"Pengguna-pengguna ini berkemungkinan memperoleh bil elektrik yang tinggi ekoran cuaca panas yang berpanjangan kerana mereka lebih selesa duduk di rumah sambil memasang penyaman udara dengan suhu yang paling rendah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyarankan, antara lainnya, pengguna melaraskan suhu sistem penyaman udara di antara 23 dan 25 darjah selsius, menukar atau membersihkan penapis penyaman udara dengan kerap dan menggantikan penyaman udara yang berusia lebih
10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah digunakan bertahun-tahun. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PORT DICKSON - Tenaga Nasional Bhd (TNB) memperkukuhkan komitmennya dalam usaha memelihara alam semulajadi dengan menjalin kerjasama sebagai rakan strategik Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi melaksanakan pematuhan kendiri dalam pengurusan alam sekitar syarikat atau Guided Self Regulation (GSR).
  • BANGSAR - Hari Sukan Negara 2017 (HSN2017) yang disambut Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapat sokongan padu daripada hamper 5,000 warga kerjanya.
  • SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi syarikat pertama membangunkan projek Solar Berskala Besar (LSS) untuk negara.
  • KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah memperkukuhkan sistem bekalan elektrik di 38 lokasi acara sukan dan 49 lokasi penginapan para atlet sebagai persiapan menjelang temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
  • KUALA LUMPUR - Kejayaan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang sehingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa melayakkan gergasi utiliti negara berkenaan tergolong sebagai syarikat bertaraf dunia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.