SHAH ALAM - Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUITM) melahirkan ucapan tahniah kepada Pengerusi Bank Rakyat yang baharu, Datuk Noripah Kamso.

Dalam satu kenyataan, PAUiTM berharap alumni UiTM itu mampu menyumbang kepada pengukuhan Bank Rakyat.

"PAUiTM mendoakan Datuk Noripah sentiasa berjaya dalam tugasan baharunya untuk mengukuhkan Bank Rakyat.

"Selain kepakarannya itu dapat menyumbang kepada penambahbaikan industri kewangan Malaysia," katanya.

Noripah adalah Ahli Lembaga Pengarah BIMB Investment Management Berhad dan Top Glove Corporation Berhad.

Beliau juga Pengerusi bersana Islamic Finanxe Industri Council, Malaysia US Chamber of Commerce yang berpusat di Washington DC.

Pengumuman pelantikannya dibuat semalam oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Pelantikan tersebut berkuat kuasa serta merta bagi menggantikan Tan Sri Shukry Mohd Salleh yang disingkirkan bulan lalu susulan terbabit dalam isu Laporan Asal Audit 1MDB.