KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz  beri jaminan bahawa dialog di antara dirinya dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan berlangsung dengan aman.

Menurutnya, beliau hanya ingin mengadakan dialog bersama Mahathir dan bukannya perkara lain.

"Saya bukanlah nak bertinju dengan Mahathir, cuna nak berdialog sahaja di mana kami berdua akan menjawab soalan masing-masing.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dialog: Mahathir beri Nazri tempoh sampai esok]

"Mungkin ada yang takut kalau saya maki hamun beliau, saya berjanji akan melayan beliau dengan baik, dahulu Mahathir adalah bos saya dan dia juga lebih tua daripada saya," katanya ketika ditemui di pekarangan Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, dialog tersebut dijadualkan berlangsung pada 25 Mac ini di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar.

Terdahulu, Polis Perak menolak dalam satu kenyataan menolak permohonan penganjur bagi meneruskan program Sabtu ini. 

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata permohonan tersebut ditolak setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai. 

Tambah Mohamed Nazri, pihak polis juga tidak mempunyai sebab kukuh untuk menghalang dialog ini terjadi.

"Ini bukannya perhimpunan aman untuk dihalang sedemikian rupa lagipun saya juga sudah mendapat kelulusan daripada pemilik tempat dialog itu berlangsung.

"Sebab itulah saya berasa sangat berdukacita apabila dikhabarkan berita ini dan tidak faham mengapa pihak polis bersikap begini," katanya lagi.

Beliau bagaimanapun faham dan akur dengan akta yang harus diikuti.

"Saya akur dengan akta yang harus diikuti, namun begitu jika benar isu keselamatan jadi masalah di sini, saya lihat ada banyak cara lain yang boleh dilakukan," katanya. 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menggunakan hasil kutipan daripada cukai pelancongan yang dikuatkuasakan 1 Julai ini untuk mempromosikan Malaysia di luar negara dan membaik pulih prasarana pelancongan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
  • SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa sedih terhadap penjualan 49.9 peratus ekuiti Proton Holdings Bhd kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely Holding).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.