KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyambut baik pembukaan semula panggung wayang di Terengganu selepas 22 tahun ia ditutup.

Menurutnya, pembukaan panggung wayang itu sesuatu yang baik setelah beberapa lama hiburan awam di negeri itu dinafikan.

"Ini masanya ia dibuka selepas berapa lama. Panggung wayang adalah hiburan yang bersesuaian untuk seisi keluarga.

"Sekurang-kurangnya ada juga pilihan untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama. Selain itu juga saya lihat ia usaha yang baik untuk ekonomi," katanya selepas merasmikan Penubuhan dan Pelancaran Logo Rasmi Gabungan Pemandu Pemandu Ahli Parlimen Malaysia) GPMP, hari ini.

Sabtu lalu, enam daripada 11 dewan panggung LFS dibuka secara rasminya dengan sebuah dewan panggung besar yang memuatkan 250 penonton, empat dewan panggung kecil dilengkapi 110 kerusi dan sebuah dewan tayangan perdana untuk 88 penonton.

Ia turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di mana gerak-geri penonton boleh disaksikan orang ramai melalui siaran langsung di televisyen lobi pawagam itu.

Mengulas lebih lanjut mengenai GPMP, Nazri berkata, penubuhan persatuan itu juga adalah sebagai satu usaha dalam memastikan kebajikan ahli-ahlinya terjaga.

"Dengan wujudnya persatuan ini, maka kebajikan pemandu-pemandu yang ada akan lebih terjaga. Boleh dikatakan mereka adalah orang penting buat ahli Parlimen dalam menjalankan tugasan.

"Ini juga sebagai satu penghargaan kepada mereka yang selama ini menjaga keselamatan dan membantu ahli Parlimen menjalankan tugas," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan bahawa cukai pelancongan akan berkuat kuasa secara rasmi pada 1 Sept ini, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Pengusaha Hotel diingatkan supaya mendaftarkan diri dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan secepat mungkin berikutan pelaksanaan cukai pelancongan mulai 1 Ogos ini.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menggunakan hasil kutipan daripada cukai pelancongan yang dikuatkuasakan 1 Julai ini untuk mempromosikan Malaysia di luar negara dan membaik pulih prasarana pelancongan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
  • KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
  • PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud campur tangan politik dalam keputusan pembatalan permit dialog antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.