KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Presiden Mesir yang baru, Mohammed Morsi berikutan kejayaan beliau dalam pilihan raya presiden baru-baru ini.

Perdana Menteri, dalam perutusan tahniahnya, berkata kejayaan Morsi adalah bukti jelas tentang keyakinan rakyat Mesir terhadap kepimpinan dan wawasan politiknya, menurut kenyataan Wisma Putra yang dikeluarkan di sini hari ini.

"Malaysia menyambut baik proses transformasi ke arah demokrasi yang sedang mengambil tempat di Mesir, dan berharap dapat bekerjasama rapat dengan Morsi untuk terus memperkukuhkan hubungan yang sedia terjalin antara kedua-dua negara," kata Najib.

Morsi diisytiharkan sebagai Presiden Mesir yang baru pada Ahad lepas setelah menang tipis terhadap pencabarnya Ahmed Shafiq dengan 51.7 peratus undi.

Morsi memperoleh 13,230,131 undi manakala Shafiq pula meraih 12,347,380 undi.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US hari ini, memberi tindak balas yang baik kepada pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga berkembang pada 6.2 peratus.
  • KUALA LUMPUR - Kejadian ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak sehingga awal malam ini.
  • KUALA LUMPUR - Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tertinggi negara dalam tempoh tiga tahun pada suku ketiga tahun ini mencerminkan terutamanya langkah kerajaan memulakan ekonomi digital, kata seorang penganalisis.
  • KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman sayakenahack.com berdasarkan Akta Perlindungan Peribadi 2010.
  • KUALA LUMPUR - Ringgit kini mencerminkan aktiviti ekonomi dan pengukuhan yang sebenar dan tidak lagi dipengaruhi faktor spekulasi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.