SEJAK akhir-akhir ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat kerap mengunjungi kedai-kedai makan bagi menjamu selera sama ada sarapan pagi, mahupun makan tengahari di sekitar ibu negara.

Terbaru, perkongsian beliau di Facebook miliknya hari ini yang menjamu selera di sebuah restoran ikan patin bersama isteri, Datin Rosmah Mansor.   

Semasa singgah di Kedai pau Yik Mun di Tanjung Malim. - Foto Facebook Najib Razak

"Rindu juadah kampung , hari ini saya makan tengah hari di Restoran House of Patin Lipis di Kuala Lumpur. Ada ikan patin tempoyak, ikan kelah goreng, ayam goreng, sambal petai tempoyak, dan sambal hitam. Hidangan di sini sedap, hasil air tangan orang Kuala Medang," tulisnya.

Selain menjamu selera dan bertemu rakan taulan, sebagai bekas pemimpin negara, biarpun tidak lagi menerajui negara, beliau tetap mendapat perhatian rakyat.

Tidak hairanlah, ke mana sahaja beliau singgah, pasti ada yang minta bergambar sebagai kenangan, dari yang tua sehinggalah kepada kanak-kanak semua tidak mahu melepas peluang.

Sebelum ini juga, beliau juga Makan nasi daun pisang di Masala Wheels Seksyen 1 PJ. - Foto Facebook Najib Razak