SHAH ALAM - Rata-rata rakyat Malaysia kelihatan teruja, selepas negara mengalami penurunan suhu kini.

Pemerhatian Sinar Online di media sosial mendapati, perkongsian  mengenai perkara itu mula membanjiri ruangan di alam maya.

Apa yang menariknya terdapat juga netizen yang mengubahsuai gambar seperti daerah di  Malaysia dilanda musim salji.

Menurut Rockie Labue, dia selesa dengan cuaca yang melanda negara ketika ini.

"Suhu yang selesa dua,tiga hari ini sampai bila-bila pun takpa," kongsinya di Facebook.

Perkongsian Rockie itu dipersetujui oleh Wan Fahan yang katanya, "Tulah kan, jimat letrik, jimat air,".

Sementara menurut, Jamil Senoko sejak empat hari selepas hujan turun tanpa henti dia kini alami deman.

"Biasanya tidur 'berlengging' tapi sekarang tidur berselimut siap pakai toto lagi," kongsinya di Facebook.

Sementara itu, kongsi Latipah Wilson Matyasin di Melaka kini rasanya seperti di Genting Highlands.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan beberapa kawasan terutama di selatan Semenanjung  mengalami penurunan suhu dengan Kuala Pilah di Negeri Sembilan merekodkan suhu paling rendah pada 21 darjah Celcius.

Ketua Pengarahnya Alui Bahari berkata bagaimanapun keadaan itu adalah fenomena biasa ketika musim monsun timur laut.

[ARTIKEL BERKAITAN:Meteorologi sahkan penurunan suhu]

Namun, Jabatan Meteorologi Malaysia menafikan tular berhubung suhu terendah dialami negara yang disebarkan menerusi media sosial.

Jabatan itu dalam kenyataan baru-baru ini berkata tular yang menasihatkan orang ramai tidak berada di luar rumah selepas 11 malam, adalah tidak benar.

Menurut jabatan itu, suhu minimum yang direkodkan adalah normal iaitu sekitar 23 darjah Celsius yang lazimnya berlaku pada waktu subuh.

Maklumat sahih berkaitan cuaca boleh diperoleh menerusi laman sesawang jabatan berkenaan di www.met.gov.my atau aplikasi mobil (myCuaca), menerusi media sosial di facebook: malaysiamet, twitter @malaysianmet atau talian 1 300 22 1MET (1638). –

[ARTIKEL BERKAITAN:Jabatan meteorologi nafi negara alami suhu terendah]

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Cuaca sejuk yang dialami di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia merupakan fenomena sementara tetapi keadaan itu boleh berulang sekiranya angin sejuk monsun timur laut dari Siberia, China melalui Semenanjung Malaysia.
  • KUALA PILAH - Penurunan suhu dengan Kuala Pilah di Negeri Sembilan merekodkan suhu paling rendah iaitu 21 darjah Celcius, menjadi fenomena luar biasa bagi penduduk dikawasan itu meskipun sebelum ini mereka sudah terbiasa dengan cuaca sejuk berbanding kawasan lain.