KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan secara rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK).

MRT Fasa kedua laluan SBK antara Kajang dan Muzium Negara ini melibatkan 19 stesen dan akan beroperasi jam 4 petang ini.

Manakala, fasa pertama laluan berkenaan antara Sungai Buloh dan Semantan yang mempunyai 12 stesen telah beroperasi pada 16 Disember tahun lalu.

Najib dalam ucapannya berkata, secara keseluruhannya projek MRT Laluan SBK berjaya disiapkan dengan kos sebanyak RM21 bilion.

"Kos asal pembinaannya ialah RM23 bilion namun pelaksanaannya dapat disiapkan dengan kos hanya RM21 bilion, kita dapat jimat RM2 bilion. Ini kejayaan yang boleh dibanggakan," katanya ketika berucap di majlis perasmian MRT Laluan SBK di Stesen Tun Razak Exchange, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Najib turut mengumumkan tambang percuma bagi MRT Laluan SBK bermula jam 4 petang hingga malam ini.

Manakala, diskaun sebanyak 50 peratus diberikan kepada tambang MRT, LRT dan monorel bermula esok hingga 31 Ogos sempena hari kemerdekaan negara.

AKAN MENYUSUL

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) perlu dilihat sebagai satu kebanggaan negara kerana menggunakan teknologi termaju pada masa kini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
  • KUALA LUMPUR - Proses pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) bagi jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) mencapai kejayaan penting dengan siapnya struktur rentangan jejambat (viaduct) pertama laluan itu.
  • KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang bagi fasa satu dan dua mencatatkan sehingga 7.4 juta penumpang, sejak mula beroperasi pada 16 Dis tahun lepas hingga kini.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas sikap pembangkang yang memperkecil-kecilkan usaha kerajaan dalam pembangunan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).
  • KUALA LUMPUR - `Sebanyak 130,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan sejak pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang dimulakan pada 2011 hingga kini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.