KUALA LUMPUR - Program pengajian Matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah setaraf, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
   
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching semasa membuat penegasan itu berkata kedua-dua program itu berfungsi sebagai prauniversiti dalam persediaan pelajar untuk memasuki institusi pengajian tinggi.
   
"Kurikulumnya adalah sama, iaitu bagi memberi persediaan kepada pelajar yang akan memohon melanjutkan pengajian ke universiti.
   
"Program matrikulasi menawarkan kursus sains dan perdagangan manakala STPM pula menawarkan kesusasteraan dan sains," katanya menjawab soalan tambahan Senator Lim Nget Yoon di sini.
  
Nget Yoon ingin tahu tentang kedudukan kedua-dua program pengajian itu yang dikatakan tidak setaraf pada pandangan umum.  
   
Mary Yap berkata, matrikulasi menawarkan program asasi, dalam bentuk laluan pantas, manakala STPM pula melibatkan tempoh pengajian selama dua tahun. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Keputusan bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 akan dikeluarkan pada 28 Feb ini, kata Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, Mohd Fauzi Mohd Kassim.
  • KUALA LUMPUR - Seramai 47,667 calon bakal menduduki peperiksaan Penggal 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 di 705 pusat peperiksaan seluruh negara, pada 7,8,9,10 dan 14 November.
  • SHAH ALAM - Pelajar kaum India lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) digesa memanfaatkan semua peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
  • JITRA - Seorang anak tukang jahit antara calon cemerlang Sijil Tinggi persekolahan Malaysia (STPM) 2015 yang diumumkan semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.