SHAH ALAM- Lebih kurang seminggu lagi menjelang program bacaan al-Quran serentak seluruh dunia selama satu jam, #WorldQuranHour dan jangkauan media sosialnya kini mencecah lebih 250 juta di seluruh negara.

Dengan jumlah total 254,620,138, jumlah tersebut dijangka terus meningkat menjelang program #WorldQuranHour.

Analisis menerusi Brand24 mendapati dari jumlah tersebut 83.7 peratus adalah sebutan positif manakala 16.3 peratus lagi sebutan negatif.

Sementara itu, tujuh laman sosial media dikenalpasti menjadi tempat program ini diwar-warkan  iaitu Facebook ( 1030), Twitter (3491), Blog (39), Instagram (988), Berita (12) dan video (31) dan lain-lain (127).

Jumlah keseluruhan untuk sebutan di media sosial adalah 5538 dan jumlah bukan media sosial sebanyak 180 menjadikan kesemuanya adalah 5718.

World #QuranHour akan berlangsung pada 9 Zulhijah 1438 Hijrah bersamaan 31 Ogos 2017 bermula jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang, di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak, manakala Merdeka #QuranHour bermula jam 8.30 malam di Dataran Merdeka.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.