• Datuk Takiyuddin Hasan Datuk Takiyuddin Hasan
1 /

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk menangguhkan penguatkusaan syarat-syarat lesen salun rambut bukan Islam yang beroperasi di bawah penyeliaan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hasan pada sidang media selepas mesyuarat Exco sebentar tadi.

"Semua penguatkuasaan ditangguhkan sementara satu kajian dan penilaian dibuat," katanya.

Menyentuh mengenai isu tangkapan terhadap terhadap dua remaja Cina di negeri ini, Takiyuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Star yang didakwa membuat laporan secara tidak profesional.