Teresa nafi keluarkan kenyataan sijil halal untuk babi adalah wajar

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung kenyataan kewajaran sijil halal untuk babi.
Teresa menerusi laman Facebook menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Menurutnya, hantaran tersebut merupakan satu fitnah dan berita palsu.
"Saya dilemparkan fitnah lagi! Tolong sebar imej ini dan tolak berita palsu.
"Saya tidak pernah buat kenyataan ini," jelasnya pada Rabu.
Beliau berkata demikian selepas tular hantaran yang memaparkan tajuk berita ' Sijil halal untuk babi adalah wajar' - Teresa Kok'.
Ringkasan AI
- SHAH ALAM - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menafikan dakwaan tular di media sosial tentang sijil halal untuk babi
- Teresa Kok menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut
- Menurutnya, hantaran itu merupakan fitnah dan berita palsu
- Teresa Kok meminta orang ramai menyebarkan imej penafian dan menolak berita palsu
- Isu bermula dari tularnya hantaran yang memaparkan tajuk berita menyatakan 'Sijil halal untuk babi adalah wajar' - Teresa Kok
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

