Anwar titip doa buat Sultan Brunei

Anwar menitipkan doa dan ucapan kesejahteraan buat Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Januari ini. Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar menitipkan doa dan ucapan kesejahteraan buat Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Januari ini. Foto FB Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menitipkan doa dan ucapan kesejahteraan buat Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Menerusi hantaran Facebook, Anwar berkata, beliau menerima perkhabaran Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani rawatan kesihatan dalam masa terdekat.

"Mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan berpanjangan dan berada dalam lindungan serta rahmat Allah SWT.

"Semoga Baginda Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan," kata beliau.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri Brunei semalam, Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Januari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan doa buat Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah
  • Anwar menerima perkhabaran Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani rawatan kesihatan
  • Anwar mendoakan Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan keafiatan berpanjangan dan berada dalam lindungan Allah SWT
  • Anwar berharap agar Sultan Hassanal Bolkiah memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hikmah dan kebijaksanaan
  • Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Januari ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!