SHAH ALAM - Kumpulan Media Karangkraf menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Hud Hud Media Sdn Bhd (Hud Hud Media) bagi merancakkan industri animasi, selaras dengan misi kedua-dua syarikat untuk menakluki nusantara.  

Kerjasama itu menyaksikan Hud Hud Media secara rasminya menjadi anak syarikat Karangkraf, dengan kepentingan 70 peratus dimiliki Karangkraf. 

MoU ditandatangani Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Pengarah Hud Hud Media, Wan Norrafiza Ariffin di sini, sebentar tadi.