COX’S BAZAAR - Kerajaan Myanmar masih meneruskan pembersihan etnik. Namun, pada masa yang sama mereka menonjolkan kemunafikan kononnya bersedia untuk menerima kembali pelarian Rohingya yang kini berada di Bangladesh.

Demikian ujar wakil Hak kemanusiaan Bangsa-bangsa Bersatu.

Andrew Gilmour, Penolong Setiausaha Agung untuk hak kemanusiaan. Beliau berkata demikian Selasa lalu selepas melawat pelarian Rohingya di kem pelarian di Cox’s Bazaar, Bangladesh.

“Saya tak fikir kita boleh rumuskan apa-apa setelah melihat dan mendengar rintihan pelarian Rohingya,” ujarnya.“Nampaknya ia masih berlaku.”

Kerana itu memang sukar untuk merealisasikan kepulangan pelarian Rohingya ke negara itu semula walaupun kerajaan Myanmar berjanji akan menerima kembali pelarian-pelarian itu.”

Kerajaan Myanmar berbohong apabila bercakap kononnya bersedia menerima semula pelarian Rohingya. Pada masa yang sama tentera mereka masih menghalau pelarian Rohingya ke Bangladesh.

“Jika dulu, tentera Myanmar merogol dan membunuh, kini mereka menyekat makanan pula ke kampung-kampung Rohingya hingga ramai mati kebuluran!” katanya.