SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia (Adun) Nik Nazmi Nik Ahmad didakwa bawah Akta Perhimpunan Aman kerana kegagalan menyerahkan notis 10 hari kepada polis untuk mengadakan perhimpunan 'Blackout 505' di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Nik Nazmi selaku penganjur untuk Pakatan Rakyat (PR) dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 malam di Stadium Kelana Jaya.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Rohana Ayub dan dibebaskan tanpa ikat jamin.

Nik Nazmi dituduh bawah seksyen 9(1) yang kita sabit kesalahan boleh tidak lebih daripada 10,000.

Menurut undang-undang, beliau akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya jumlah denda ditetapkan lebih RM2,000.

Himpunan pada 8 Mei membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu dihadiri ratusan ribu orang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - "Himpunan hari ini bagi menyatakan mesej keharmonian yang dibawa Pas," demikian kata Adun Sabak Bernam, Sallehen Mukhyi berhubung karikatur berbentuk penghinaan terhadap Islam yang disiarkan akhbar Nanyang Siang Pau, baru-baru ini.
  • SHAH ALAM - Pengerusi Himpunan 355, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sangat berpuas hati dengan himpunan itu yang dikatakan berlangsung aman dan berakhir tanpa sebarang provokasi.
  • PETALING JAYA - Perhimpunan Tolak Akta 355 anjuran badan bukan kerajaan (NGO), Bebas, di tasik Taman Jaya, di sini tidak mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia.
  • SHAH ALAM - Pas mendakwa Himpunan 355 yang akan berlangsung pada 18 Februari ini bukannya himpunan politik dan bukan juga untuk mengagungkan agenda peribadi mana-mana pemimpin, kelompok atau individu.
  • SHAH ALAM - Hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang termaktub dalam perlembagaan perlu dihormati dan dipelihara.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.