SHAH ALAM - Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan meluahkan kekesalannya apabila pemandu teksi kini dilayan macam “sampah” selepas kerajaan PH memerintah.

Zahida berkata, kerajaan PH menipu dan memperbodohkan pemandu teksi dengan harapan palsu sebelum PRU14.

Menurutnya, apabila kerajaan PH sudah menang, penyokong PH melayan pemandu teksi seperti “sampah” tidak berguna.

“Mereka (pemandu teksi) pula dituduh penipu, pengkhianat,” katanya dalam perkongsian di Twitter peribadinya, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu teksi jangan biadab]

Semalam, Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail meminta pemandu teksi menjaga kelakuan dan jangan biadab khususnya terhadap golongan berjawatan tinggi dan lebih tua.

Menurutnya, masyarakat akan terus memandang serong kepada industri dan pemandu teksi sekiranya mereka tidak mengubah sikap.

[ARTIKEL BERKAITAN: Majlis Tun M kecoh diganggu pemandu teksi biadab]

Semalam, dalam majlis perjumpaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi kecoh seketika apabila beberapa orang ahli persatuan bertindak biadab keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.