KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan doa selamat bersempena sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 2017/1439 Hijrah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini malam ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada jam 7.30 malam itu disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha dan beberapa anggota perwakilan asing.

Majlis yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad itu dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1438 Hijrah dan doa awal tahun 1439 Hijrah, sebelum diteruskan dengan solat Maghrib dan diikuti bacaan Yasin, tahlil, doa selamat dan solat Isyak berjamaah. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Sambutan Maal Hijrah 1439H/2017M di seluruh negara hari ini membawa mesej mengajak umat Islam agar bersatu hati dan mengetepikan perbezaan antara satu sama lain bagi memperkukuh perpaduan ummah di negara ini.
  • SHAH ALAM - Penghijrahan Rasulullah SAW dan sahabat dari kota Makkah ke kota Madinah perlu diambil iktibar umat Islam.
  • SERDANG - Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Anugerah Khas Maal Hijrah manakala bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah kebangsaan pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1438H hari ini.
  • SERDANG - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah agar jalinan ukhuwah dan permuafakatan antara ulama dan umarak terus diperteguhkan demi mencapai kemaslahatan ummah dan negara.